Monday, February 21, 2011

Sakit Lutut

Sakit lutut adalah antara sakit sendi yang sering dialami oleh berbagai peringkat umur. Namun bukan semua sakit lutut itu berpunca dari sebab yang sama. Tujuan blog ini adalah untuk membantu pembaca mengenal jenis sakit lutut yang dialami serta membantu dari segi mendapatkan rawatan yang sesuai.

 Secara ringkas sakit lutut dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut gejala yang dialami:

Jenis Masalah LUTUT yang dialami:
·        Sakit apabila hendak naik turun tangga, mencangkung atau sembahyang.
Sakit lutut sebegini kerap berlaku pada kaum wanita, terutama yang aktif berkerja serta menjaga rumah tangga. Puncanya adalah dari kepala atau tempurung lutut. Pada peringkat awal beberapa tekinik senaman untuk menguatkan sendi ini amat mujarab. Sila lihat cara latihan ini dilakukan.
·        Lutut bengkak dan sakit setelah baru tercedera.
Kecederaan lutut akibat kecederaan sukan atau jalanraya boleh disebabkan oleh kecederaan serius kepada ligament atau struktur lain didalamnya. Mengetahui langkah langkah awal dapat membantu mengurangkan sakit, bengkak serta rawatan lanjutan yang patut dilakukan.
·        Lutut sering terpelecok setelah tercedera seketika dahulu
Akibat kecederaan sukan atau jalanraya beberapa minggu atau bulan sebelumnya kini lutut menjadi tidak stabil dan senang terpelecok menyebabkan seseorang itu was was melakukan akitiviti aktiviti lasak.
·        Lutut sakit, bengkak dan membengkok.
Akibat kehausan selaput rawan lutut, menyebabkan lutut sentiasa sakit, bengkak dan membengkok. Ketahui rawatan yang dapat dilakukan.
·        Lain lain masalah lutut yang jarang dialami

Kecederaan Lutut Yang Serius KECEDERAAN LIGAMEN ACL

· Tanda kecederaan lutut yang serius telah berlaku, sekiranya ia bengkak dan sakit setelah terpelecok atau akibat dikasari.
· Ramai pesakit tidak menyedari akan kecederaan mereka kerana kesakitan dan bengkak akan reda dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.
· Pesakit hanya menyedari fungsi lutut tidak normal apabila cuba bermain semula dan mendapati lutut senang terkehel dengan sendirinya.
· Malangnya ramai yang masih tidak mendapatkan rawatan pada peringkat ini.
· Dalam masa beberapa tahun lutut akan mulai sakit dan bengkak akibat kehausan selaput rawan dan menjadi bertambah longgar.

 Latar belakang
 Di Malaysia, permainan bolasepak adalah antara jenis sukan yang paling popular di kalangan masyarakat kita tidak mengira bangsa ataupun umur. Sungguhpun sukan ini kurang lasak berbanding dengan sukan ragbi, namun kecederaan tetap berlaku.

Kebanyakkan kecederaan yang dialami oleh pemain boleh dianggap ringan. Walau bagaimanapun terdapat juga kecederaan lutut yang serius yang sering berlaku tetapi tidak dikesan atau lambat dikesan. Kecederaan lutut ini dikatakan serius kerana membawa kesan buruk dalam jangkamasa panjang (5-10 tahun) dimana lutut itu akan haus, bengkak dan kesakitan – osteoarthritis.

Anatomi Sendi Lutut

 Sendi ini adalah sendi terbesar dalam badan dan ia penting untuk pergerakkan. Dua kumpulan ligamen memberikan kestabilan padanya: ligamen ligamen krusiat (cruciate) dan ligamen ligamen kolateral (Collaterals).

Ligamen Krusiat


Ligamen ligamen ini terletak ditengah tengah lutut dan ia menyambungkan tulang peha (femur) kepada tulang kering (tibia).
 Terdapat 2 jenis ligamen krusiat iaitu ligamen krusiat depan (ACL –anterior cruciate ligament) dan ligamen krusiat belakang (PCL- posterior cruciate ligament) yang masing masing berukuran antara 2.5 – 3.5cm panjang. Mereka berfungsi memegang sendi lutut dengan kukuh agar ia stabil ketika lutut digerakkan. Kestabilan ini penting supaya pergerakkan lutut berfungsi dengan lancar dan licin.
Oleh kerana kedua dua ligamen ini berkedudukan menyilangi antara satu dengan lain membentuk seperti huruf ‘X’ maka ia dinamakan ‘cruciate’.

Kecederaan Ligamen ACL

Kecederaan yang dimaksudkan dan penting untuk diberi perhatian adalah kecederaan ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat hadapan).

Berbeza dengan kecederaan lain, umpamanya seperti kederaan ligamen buku lali (ankle) yang biasanya boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang tercedera akan terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh dengan sendiri.

Tanpa ACL lutut akan mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut. Tanpa ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti berjalan dan menaiki tangga atau sembahyang masih boleh dilakukan.

Sebaliknya aktiviti seperti bermain bolasepak, bola keranjang, sepaktakraw, bola jaring, berjalan diatas permukaan licin atau berlopak menjadi lebih sukar. Ini kerana pesakit perlu lebih berhati-hati agar lutut tidak beralih secara tiba tiba.

Ia diibaratkan  membawa kereta dengan tali keledar yang telah putus atau rosak, sungguhpun kereta masih boleh dipandu tetapi risiko kecederaan jika berlakunya kemalangan amat tinggi.

Bagaimana kecederaan ligamen ACL berlaku?

 Kecederaan ACL bermula dengan lutut yang terpelecok yang boleh berlaku dengan beberapa cara terutama apabila:
· Terpijak  didalam lopak.

· Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba tiba – cutting ).

· Memusingkan badan sambil kaki terpasak ketanah, dimana lutut akan terpusing dan terpelecok. Iaitu bila hendak menendang bola.

· Jatuh dengan kekok dari lompatan samada untuk menendang/ menanduk bola atau menangkap bola. Ia itu kurang cermat semasa membuat pendaratan sewaktu melompat.

· atau bila dikasari oleh pihak lawan, dimana dirempuh atau direbahkan dengan lasak.


Didalam keadaan dibawah lutut pemain terasa seolah ia meletup dan berbunyi ‘pop’ sambil lutut terpelecok, pemain akan rebah ke tanah kesakitan dan terpaksa diusung keluar  padang. Lutut akan mula bengkak dengan cepat. Jika anda pernah mengalami kecederaan seperti diatas kemungkinan besar (90% kebarangkalian) ligamen ACL anda telah tercedera/ putus.

Dihospital atau klinik x-ray lutut yang diambil tidak akan menunjukkan sebarang kelainan. Pemain diberi ubat tahan sakit dan jaminan bahawa tiada kecederaan ‘serius’ telah berlaku pada lutut beliau kerana x-ray kelihatan ‘normal’.

Pemain akan pulang ke rumah dengan rasa puas hati kerana diberitahu kecederaan tidak serius. Dalam masa 2-3 minggu bengkak  pada lutut akan surut dan sakit berkurangan. Pemain boleh berjalan dengan lebih selesa, sungguhpun kemungkinan semasa sembahyang masih kekok sedikit. Hampir semua mereka yang mengalami kecederaan ACL boleh kembali ke pekerjaan asal jika bekerja dipejabat.

Setelah 2-3 bulan berlalu, lutut akan terasa seolah olah telah sembuh dan pada masa itulah ramai yang akan beraksi semula dipadang atau mula melakukan sukan/senaman berat. Sebaik sahaja pemain mula bermain, dalam masa tidak sampai 5 minit pun ketika hendak melakukan dribble atau menendang bola, lutut yang tercedera akan terseliuh semula dengan sendirinya. Pemain akan terpaksa keluar padang walaupun sakit dan bengkak mungkin tidak seteruk kali pertama. Kesakitan dan bengkak akan surut semula dan setiap kali ini berlaku pemain akan turun ke padang semula dan lutut akan sekali lagi terseliuh.

Ada sesetengah akan terus bermain bolasepak walaupun lutut kerap terkehel, manakala sesetengah akan berhenti bermain buat selamanya. Bagi mereka yang terus bermain walaupun lutut kerap terkehel akan timbul masalah kecederaan pada struktur struktur lain yang terdapat didalam lutut seperti meniskus, selaput rawan, tulang dan ligamen ligamen lain. Lutut kemungkinan terkunci jika meniskus terkoyak sambil tersangkut dicelah sendi. Apabila ini berlaku lutut akan tiba tiba tersangkut dan tidak dapat diluruskan. Lutut akan haus dengan cepat jika ia terkehel terlalu kerap. Ligamen ligamen lain mungkin tercedera juga dimana menyebabkan lutut bertambah longgar.
 Didalam keadaan dibawah lutut pemain terasa seolah ia meletup dan berbunyi ‘pop’ sambil lutut terpelecok, pemain akan rebah ke tanah kesakitan dan terpaksa diusung keluar  padang. Lutut akan mula bengkak dengan cepat. Jika anda pernah mengalami kecederaan seperti diatas kemungkinan besar (90% kebarangkalian) ligamen ACL anda telah tercedera/ putus.

Dihospital atau klinik x-ray lutut yang diambil tidak akan menunjukkan sebarang kelainan. Pemain diberi ubat tahan sakit dan jaminan bahawa tiada kecederaan ‘serius’ telah berlaku pada lutut beliau kerana x-ray kelihatan ‘normal’.

Pemain akan pulang ke rumah dengan rasa puas hati kerana diberitahu kecederaan tidak serius. Dalam masa 2-3 minggu bengkak  pada lutut akan surut dan sakit berkurangan. Pemain boleh berjalan dengan lebih selesa, sungguhpun kemungkinan semasa sembahyang masih kekok sedikit. Hampir semua mereka yang mengalami kecederaan ACL boleh kembali ke pekerjaan asal jika bekerja dipejabat.

Setelah 2-3 bulan berlalu, lutut akan terasa seolah olah telah sembuh dan pada masa itulah ramai yang akan beraksi semula dipadang atau mula melakukan sukan/senaman berat. Sebaik sahaja pemain mula bermain, dalam masa tidak sampai 5 minit pun ketika hendak melakukan dribble atau menendang bola, lutut yang tercedera akan terseliuh semula dengan sendirinya. Pemain akan terpaksa keluar padang walaupun sakit dan bengkak mungkin tidak seteruk kali pertama. Kesakitan dan bengkak akan surut semula dan setiap kali ini berlaku pemain akan turun ke padang semula dan lutut akan sekali lagi terseliuh.

Ada sesetengah akan terus bermain bolasepak walaupun lutut kerap terkehel, manakala sesetengah akan berhenti bermain buat selamanya. Bagi mereka yang terus bermain walaupun lutut kerap terkehel akan timbul masalah kecederaan pada struktur struktur lain yang terdapat didalam lutut seperti meniskus, selaput rawan, tulang dan ligamen ligamen lain. Lutut kemungkinan terkunci jika meniskus terkoyak sambil tersangkut dicelah sendi. Apabila ini berlaku lutut akan tiba tiba tersangkut dan tidak dapat diluruskan. Lutut akan haus dengan cepat jika ia terkehel terlalu kerap. Ligamen ligamen lain mungkin tercedera juga dimana menyebabkan lutut bertambah longgar.




Kitaran yang akan berlaku sekiranya kecederaan ACL tidak menerima rawatan
 Setelah beberapa tahun, kekerapan dan kesenangan lutut terpelecok berlaku dengan bertambah kerap menyebabkan ia bengkak dan kesakitan menjadi kronik. Pada waktu ini pemain tidak dapat bermain lagi / tidak dapat berjalan jauh/ berdiri lama/ menaiki tangga/ sembahyang dalam keadaan yang normal kerana lutut sakit, bengkak dan pergerakkan terjejas.

Berat badan mula meningkat kerana susah hendak bersenam. Ini menimbul kesan pada lutut kerana terpaksa memikul beban yang lebih, juga masalah kesihatan lain akibat kegemukkan mungkin juga timbul. Sayangnya usia pemain itu mungkin hanya 30an atau 40an dimana badan dan kemahuan masih ada untuk terus aktif tetapi lutut tidak membenarkan.

Senario diatas menceritakan bagaimana kecederaan ACL membawa kepada masalah kronik dalam jangkamasa panjang jika tidak dirawat atau dikesan pada peringkat awal.


Kecederaan Ligamen ACL di Malaysia



Di Malaysia senario yang lazim berlaku adalah dimana pemain yang luka akan pulang ke rumah dengan lutut yang semakin membengkak.  Ais mungkin digunakan untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Kadang kala lutut juga dituam dengan tuala panas ataupun ditungku. Ramai yang memilih untuk berjumpa dengan bomoh dan dukun. Ada segelintir yang akan berjumpa doktor.

Ramai pesakit yang mengalami kecederaan ini tidak datang mendapatkan rawatan pada peringkat awal kerana tidak tahu wujudnya kecederaan ini pada lutut mereka. Kebanyakkan datang apabila timbul komplikasi akibat kecederaan asal. Pada peringkat ini rawatan bertambah rumit.


Di Malaysia kefahaman dan pendedahan orang ramai terhadap kecederaan ligamen ACL masih jauh kekurangan, oleh itu jika anda pernah mengalami kecederaan lutut dimana ia menjadi bengkak dengan serta merta, kemungkinan besar ligamen ACL anda telah cedera. Dapatkan rawatan awal di hospital yang mempunyai kepakaran ortopedik atau kecederaan sukan supaya masalah ini dapat dikesan pada peringkat awal dan tidak dibiarkan berlarutan.

Anda perlu berbincang dengan doktor ortopedik anda tentang rawatan lanjutan. Ini banyak bergantung kepada aktiviti seseorang serta  minat dan motivasi individu tersebut untuk terus bersukan.


Diagnosis Kecederaan Ligamen ACL

 Diagnosis kecederaan ACL dilakukan setelah melakukan pemeriksaan yang teliti keatas pesakit dan lutut yang tercedera. X-ray dan / atau MRI mungkin dilakukan bagi menyokong diagnosis. X-ray dilakukan untuk menentukan jika ada keretakan atau kepatahan tulang. Ia tidak dapat menentukan samada ligamen ACL telah terputus. Hanya pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) dapat menunjukkan kecederaan pada ACL dengan jelas.


Kecederaan ligamen ACL pada mereka yang muda dan aktif mungkin memerlukan pembedahan gantian ligamen. Bagi mereka yang kurang aktif dan telah agak berumur pembedahan mungkin tidak perlu memadai dengan melakukan latihan fisioterapi dan mengelakan dari aktiviti aktiviti yang berisiko.


Merawat Kecederaan Ligamen ACL
 Perawaatan kecederaan lutut yang serius bermula pada tempat kejadian (dipadang permainan, jalanraya dan sebagainya) dengan memberikan rawatan awal kecemasan iaitu dengan membantu pesakit keluar dari tempat kejadian dengan selesa dan selamat.
Seterusnya melakukan rawatan R.I.C.E terapi iaitu singkatan untuk:
· Rest:
· Ice:
· Compression:
· Elevation and immobilization:

Kemudiannya pesakit boleh dibawa ke hospital atau klinik berdekatan di mana doctor akan memeriksa tahap kecederaan lutut dengan bantuan xray. Ubat untuk mengurangkan sakit dan bengkak jaga diberikan.

Rawatan selanjutnya dengan doctor pakar untuk mengenal pasti dengan terperinci kecederaan yang dialami menggunakan teknik imbasan MRI dsb. Setelah ditentukan bahwa kecederaan ACL telah berlaku maka pakar dan pesakit akan berbincang tentang langkah selanjutnya iaitu untuk merawat secara pembedahan atau tanpa memerlukan pembedahan.

Rawatan tanpa pembedahan. 
· Ini mungkin disebabkan faktor usia pesakit atau aktivti harian yang dilakukan tidak begitu lasak.
· Pesakit merasai kestabilan lutut tidak begitu terjejas.
· Rawatan meliputi/ merangkumi program menguatkan otot, selalunya menggunakan brace untuk membantu kestabilan.

Rawatan pembedahan.
· Ligamen ACL diganti dengan serat tendon patella yang dimasukkan dan dipasangkan kedalam sendi.
· Pembedahan ini diikuti oleh program rehabilitasi bagi menguatkan dan mengembalikan pergerakkan sendi lutut ke keadaan asal.

Rawatan pembedahan gantian ligamen ACL dilakukan dengan menggunakan bantuan teknik artroskopik, iaitu menggunakan kamera kecil serta peralatan canggih yang dimasukkan ke dalam lutut sewaktu pembedahan dilakukan. Teknik ini mengecilkan lubang atau hirisan yang perlu dilakukan dengan pembedahan konvensional atau terdahulu. Menyebabkan masa pemulihan serta sakit dari luka pembedahan berkurangan.

Antara pemain bolasepak profesional yang telah kecederaan ACL mereka dan kembali aktif pada peringkat antarabangsa adalah:
 · Ruud Van Nistlerooy
· Roy Keane
· Paul Gascoigne
· Alan Shearer
· Del Piero
· Gustavo Poyet
· Ruud Gullitt