Monday, February 21, 2011

Kecederaan Lutut Yang Serius KECEDERAAN LIGAMEN ACL

· Tanda kecederaan lutut yang serius telah berlaku, sekiranya ia bengkak dan sakit setelah terpelecok atau akibat dikasari.
· Ramai pesakit tidak menyedari akan kecederaan mereka kerana kesakitan dan bengkak akan reda dengan sendiri dalam masa beberapa minggu.
· Pesakit hanya menyedari fungsi lutut tidak normal apabila cuba bermain semula dan mendapati lutut senang terkehel dengan sendirinya.
· Malangnya ramai yang masih tidak mendapatkan rawatan pada peringkat ini.
· Dalam masa beberapa tahun lutut akan mulai sakit dan bengkak akibat kehausan selaput rawan dan menjadi bertambah longgar.

 Latar belakang
 Di Malaysia, permainan bolasepak adalah antara jenis sukan yang paling popular di kalangan masyarakat kita tidak mengira bangsa ataupun umur. Sungguhpun sukan ini kurang lasak berbanding dengan sukan ragbi, namun kecederaan tetap berlaku.

Kebanyakkan kecederaan yang dialami oleh pemain boleh dianggap ringan. Walau bagaimanapun terdapat juga kecederaan lutut yang serius yang sering berlaku tetapi tidak dikesan atau lambat dikesan. Kecederaan lutut ini dikatakan serius kerana membawa kesan buruk dalam jangkamasa panjang (5-10 tahun) dimana lutut itu akan haus, bengkak dan kesakitan – osteoarthritis.

Anatomi Sendi Lutut

 Sendi ini adalah sendi terbesar dalam badan dan ia penting untuk pergerakkan. Dua kumpulan ligamen memberikan kestabilan padanya: ligamen ligamen krusiat (cruciate) dan ligamen ligamen kolateral (Collaterals).

Ligamen Krusiat

Ligamen ligamen ini terletak ditengah tengah lutut dan ia menyambungkan tulang peha (femur) kepada tulang kering (tibia).
 Terdapat 2 jenis ligamen krusiat iaitu ligamen krusiat depan (ACL –anterior cruciate ligament) dan ligamen krusiat belakang (PCL- posterior cruciate ligament) yang masing masing berukuran antara 2.5 – 3.5cm panjang. Mereka berfungsi memegang sendi lutut dengan kukuh agar ia stabil ketika lutut digerakkan. Kestabilan ini penting supaya pergerakkan lutut berfungsi dengan lancar dan licin.
Oleh kerana kedua dua ligamen ini berkedudukan menyilangi antara satu dengan lain membentuk seperti huruf ‘X’ maka ia dinamakan ‘cruciate’.

Kecederaan Ligamen ACL

Kecederaan yang dimaksudkan dan penting untuk diberi perhatian adalah kecederaan ligamen lutut ACL (anterior cruciate ligament atau ligamen krusiat hadapan).

Berbeza dengan kecederaan lain, umpamanya seperti kederaan ligamen buku lali (ankle) yang biasanya boleh sembuh dengan sendiri, ligamen ACL yang tercedera akan terkoyak dan terputus seperti tali guni dan tidak dapat sembuh dengan sendiri.

Tanpa ACL lutut akan mudah terkehel atau terpelecok dengan sendiri dan anda mungkin akan terjatuh secara tiba-tiba disebabkan ketidakstabilan sendi lutut. Tanpa ligamen ini aktiviti harian biasa yang tidak lasak seperti berjalan dan menaiki tangga atau sembahyang masih boleh dilakukan.

Sebaliknya aktiviti seperti bermain bolasepak, bola keranjang, sepaktakraw, bola jaring, berjalan diatas permukaan licin atau berlopak menjadi lebih sukar. Ini kerana pesakit perlu lebih berhati-hati agar lutut tidak beralih secara tiba tiba.

Ia diibaratkan  membawa kereta dengan tali keledar yang telah putus atau rosak, sungguhpun kereta masih boleh dipandu tetapi risiko kecederaan jika berlakunya kemalangan amat tinggi.

Bagaimana kecederaan ligamen ACL berlaku?

 Kecederaan ACL bermula dengan lutut yang terpelecok yang boleh berlaku dengan beberapa cara terutama apabila:
· Terpijak  didalam lopak.

· Melakukan larian pintasan (berlari dengan laju sambil menukar arah dengan tiba tiba – cutting ).

· Memusingkan badan sambil kaki terpasak ketanah, dimana lutut akan terpusing dan terpelecok. Iaitu bila hendak menendang bola.

· Jatuh dengan kekok dari lompatan samada untuk menendang/ menanduk bola atau menangkap bola. Ia itu kurang cermat semasa membuat pendaratan sewaktu melompat.

· atau bila dikasari oleh pihak lawan, dimana dirempuh atau direbahkan dengan lasak.

Didalam keadaan dibawah lutut pemain terasa seolah ia meletup dan berbunyi ‘pop’ sambil lutut terpelecok, pemain akan rebah ke tanah kesakitan dan terpaksa diusung keluar  padang. Lutut akan mula bengkak dengan cepat. Jika anda pernah mengalami kecederaan seperti diatas kemungkinan besar (90% kebarangkalian) ligamen ACL anda telah tercedera/ putus.

Dihospital atau klinik x-ray lutut yang diambil tidak akan menunjukkan sebarang kelainan. Pemain diberi ubat tahan sakit dan jaminan bahawa tiada kecederaan ‘serius’ telah berlaku pada lutut beliau kerana x-ray kelihatan ‘normal’.

Pemain akan pulang ke rumah dengan rasa puas hati kerana diberitahu kecederaan tidak serius. Dalam masa 2-3 minggu bengkak  pada lutut akan surut dan sakit berkurangan. Pemain boleh berjalan dengan lebih selesa, sungguhpun kemungkinan semasa sembahyang masih kekok sedikit. Hampir semua mereka yang mengalami kecederaan ACL boleh kembali ke pekerjaan asal jika bekerja dipejabat.

Setelah 2-3 bulan berlalu, lutut akan terasa seolah olah telah sembuh dan pada masa itulah ramai yang akan beraksi semula dipadang atau mula melakukan sukan/senaman berat. Sebaik sahaja pemain mula bermain, dalam masa tidak sampai 5 minit pun ketika hendak melakukan dribble atau menendang bola, lutut yang tercedera akan terseliuh semula dengan sendirinya. Pemain akan terpaksa keluar padang walaupun sakit dan bengkak mungkin tidak seteruk kali pertama. Kesakitan dan bengkak akan surut semula dan setiap kali ini berlaku pemain akan turun ke padang semula dan lutut akan sekali lagi terseliuh.

Ada sesetengah akan terus bermain bolasepak walaupun lutut kerap terkehel, manakala sesetengah akan berhenti bermain buat selamanya. Bagi mereka yang terus bermain walaupun lutut kerap terkehel akan timbul masalah kecederaan pada struktur struktur lain yang terdapat didalam lutut seperti meniskus, selaput rawan, tulang dan ligamen ligamen lain. Lutut kemungkinan terkunci jika meniskus terkoyak sambil tersangkut dicelah sendi. Apabila ini berlaku lutut akan tiba tiba tersangkut dan tidak dapat diluruskan. Lutut akan haus dengan cepat jika ia terkehel terlalu kerap. Ligamen ligamen lain mungkin tercedera juga dimana menyebabkan lutut bertambah longgar.

Kitaran yang akan berlaku sekiranya kecederaan ACL tidak menerima rawatan
 Setelah beberapa tahun, kekerapan dan kesenangan lutut terpelecok berlaku dengan bertambah kerap menyebabkan ia bengkak dan kesakitan menjadi kronik. Pada waktu ini pemain tidak dapat bermain lagi / tidak dapat berjalan jauh/ berdiri lama/ menaiki tangga/ sembahyang dalam keadaan yang normal kerana lutut sakit, bengkak dan pergerakkan terjejas.

Berat badan mula meningkat kerana susah hendak bersenam. Ini menimbul kesan pada lutut kerana terpaksa memikul beban yang lebih, juga masalah kesihatan lain akibat kegemukkan mungkin juga timbul. Sayangnya usia pemain itu mungkin hanya 30an atau 40an dimana badan dan kemahuan masih ada untuk terus aktif tetapi lutut tidak membenarkan.

Senario diatas menceritakan bagaimana kecederaan ACL membawa kepada masalah kronik dalam jangkamasa panjang jika tidak dirawat atau dikesan pada peringkat awal.

Kecederaan Ligamen ACL di Malaysia

Di Malaysia senario yang lazim berlaku adalah dimana pemain yang luka akan pulang ke rumah dengan lutut yang semakin membengkak.  Ais mungkin digunakan untuk mengurangkan sakit dan bengkak. Kadang kala lutut juga dituam dengan tuala panas ataupun ditungku. Ramai yang memilih untuk berjumpa dengan bomoh dan dukun. Ada segelintir yang akan berjumpa doktor.

Ramai pesakit yang mengalami kecederaan ini tidak datang mendapatkan rawatan pada peringkat awal kerana tidak tahu wujudnya kecederaan ini pada lutut mereka. Kebanyakkan datang apabila timbul komplikasi akibat kecederaan asal. Pada peringkat ini rawatan bertambah rumit.

Di Malaysia kefahaman dan pendedahan orang ramai terhadap kecederaan ligamen ACL masih jauh kekurangan, oleh itu jika anda pernah mengalami kecederaan lutut dimana ia menjadi bengkak dengan serta merta, kemungkinan besar ligamen ACL anda telah cedera. Dapatkan rawatan awal di hospital yang mempunyai kepakaran ortopedik atau kecederaan sukan supaya masalah ini dapat dikesan pada peringkat awal dan tidak dibiarkan berlarutan.

Anda perlu berbincang dengan doktor ortopedik anda tentang rawatan lanjutan. Ini banyak bergantung kepada aktiviti seseorang serta  minat dan motivasi individu tersebut untuk terus bersukan.

Diagnosis Kecederaan Ligamen ACL

 Diagnosis kecederaan ACL dilakukan setelah melakukan pemeriksaan yang teliti keatas pesakit dan lutut yang tercedera. X-ray dan / atau MRI mungkin dilakukan bagi menyokong diagnosis. X-ray dilakukan untuk menentukan jika ada keretakan atau kepatahan tulang. Ia tidak dapat menentukan samada ligamen ACL telah terputus. Hanya pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) dapat menunjukkan kecederaan pada ACL dengan jelas.

Kecederaan ligamen ACL pada mereka yang muda dan aktif mungkin memerlukan pembedahan gantian ligamen. Bagi mereka yang kurang aktif dan telah agak berumur pembedahan mungkin tidak perlu memadai dengan melakukan latihan fisioterapi dan mengelakan dari aktiviti aktiviti yang berisiko.

Merawat Kecederaan Ligamen ACL
 Perawaatan kecederaan lutut yang serius bermula pada tempat kejadian (dipadang permainan, jalanraya dan sebagainya) dengan memberikan rawatan awal kecemasan iaitu dengan membantu pesakit keluar dari tempat kejadian dengan selesa dan selamat.
Seterusnya melakukan rawatan R.I.C.E terapi iaitu singkatan untuk:
· Rest:
· Ice:
· Compression:
· Elevation and immobilization:

Kemudiannya pesakit boleh dibawa ke hospital atau klinik berdekatan di mana doctor akan memeriksa tahap kecederaan lutut dengan bantuan xray. Ubat untuk mengurangkan sakit dan bengkak jaga diberikan.

Rawatan selanjutnya dengan doctor pakar untuk mengenal pasti dengan terperinci kecederaan yang dialami menggunakan teknik imbasan MRI dsb. Setelah ditentukan bahwa kecederaan ACL telah berlaku maka pakar dan pesakit akan berbincang tentang langkah selanjutnya iaitu untuk merawat secara pembedahan atau tanpa memerlukan pembedahan.

Rawatan tanpa pembedahan. 
· Ini mungkin disebabkan faktor usia pesakit atau aktivti harian yang dilakukan tidak begitu lasak.
· Pesakit merasai kestabilan lutut tidak begitu terjejas.
· Rawatan meliputi/ merangkumi program menguatkan otot, selalunya menggunakan brace untuk membantu kestabilan.

Rawatan pembedahan.
· Ligamen ACL diganti dengan serat tendon patella yang dimasukkan dan dipasangkan kedalam sendi.
· Pembedahan ini diikuti oleh program rehabilitasi bagi menguatkan dan mengembalikan pergerakkan sendi lutut ke keadaan asal.

Rawatan pembedahan gantian ligamen ACL dilakukan dengan menggunakan bantuan teknik artroskopik, iaitu menggunakan kamera kecil serta peralatan canggih yang dimasukkan ke dalam lutut sewaktu pembedahan dilakukan. Teknik ini mengecilkan lubang atau hirisan yang perlu dilakukan dengan pembedahan konvensional atau terdahulu. Menyebabkan masa pemulihan serta sakit dari luka pembedahan berkurangan.

Antara pemain bolasepak profesional yang telah kecederaan ACL mereka dan kembali aktif pada peringkat antarabangsa adalah:
 · Ruud Van Nistlerooy
· Roy Keane
· Paul Gascoigne
· Alan Shearer
· Del Piero
· Gustavo Poyet
· Ruud Gullitt

33 comments:

  1. salam... sy mempuyai ciri-ciri penakot diatas.. sy nk tanye.. kalu sy nk jalani pembedahan.. brapa kos die yer?? terima kasih.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
  2. asmkum..... saya baru menjalani pembedahan ACL dan bakal menjalani satu lagi pembedahan penyambungan ligamen yg telah rosak....... SYUKUR ALHAMDULILLAH...... info ni dapat membantu pemahaman saya berkaitan dengan ACL.... TERIMA KASIH BANYAK2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
    2. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
  3. mmg betoi....sama kejadian mcm saya alami...baca ni jadi lawak pon ada..apa2 pon..sy dah oprate...dah masuk 3 bulan lebih...harap2 lepas ni dpt sembuh sepenuhnya...walaupon sekarang masih terasa longgar

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
  4. Ape yang diceritakan diatas adalah sama dengan apa yang saya alami, kecederaan yang saya hadapi ni hampir 8 bulan . saya harap ia dapat sembuh dengan bantuan tukang urut .

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
  5. sama mcm apa yang berlaku kepada saya....saya cuma mengurut saja..tapi masih terasa sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
  6. bukan nak takot kan tp ACL ni kalau fail jadi mcm saya.. kakai x boleh bend sampai habis..

    So, kena redo.. hati2 memilih doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
  7. Complete tear of ACL..
    Saya sedang mengalaminya..
    Akan jalani pembedahan selepas raya..
    Maklumat yang ada sangat tepat dengan apa yang terjadi kepada saya..

    Bunyi pop ~ sakit ~ ke klinik n doktor kata xde apa ~ makan ubat ~ sakit naik turun tangga ~ tak boleh bend knee so solat duduk ~ jalan hati2 sbb kerap terpelecok n jatuh ~ k hospital xray xde apa ~ mri ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
  8. Askum..saya sedang alami ACL –anterior cruciate ligament ni...mula2 kena memang ada bunyi "Pop"..terasa sakit yang teramat sakit..dat padang tu saya telan pil tahan sakit Ponstan...skang dah masuk dkat setahun x aktif dlm bola sepak..kalau skang ni saya nk buat pembedahan adakah dah terlambat??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
    2. KOS operate mmg mahal..terkini dlm rm 45k di hospital swasta..klu kerajaan xpasti laaa..maybe half kot..apa2 pun ambik laaa insurans perubatan..call me prudential bsn takaful 0177290577

      Delete
  9. saya pon ada kecederaan yg ni..mcm tanda2 ligamen sy rosak atau koyak..doktor suruh tggu semggu dulu baru scan. Yang sedihnya, xdapat nak berjalan cepat, berjalan lama xdpt....nak jogging pon dah xdpt. Mula2 igt seliuh biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam....kebetulan sy telah mengetahui 1 produk yg dimana mmg diciptakan khas utk masalah sendi2 seperti lutut dan sebagaiye.. produk tersebut telah bayak memenangi award di malaysia mahupon antarabangda.. yg bagusye produk tersebut mmpuyai jaminan wang dikembalikan jika pengguna tdk berpuashati.. disini sy bukan utk mengambil kesempatan, tapi sy juz nk sharing bende baik yg sy tahu.. utk keterangan lebih lanjut cik boleh call/ wassap sy di talian 013-2269902 akmal...

      MENCEGAH LEBIH BAIK DR BERUBAT...

      Delete
    2. Maklumat yang bagus.
      Kepada yang nak tahu suplemen sendi tulang yang terbaik.advance joint health tablet..
      meh ke blog saya dan baca testimoni
      Http://metrobestmom.blogspot.com

      Delete
  10. Replies
    1. gov 5-7k...pvt 17-23k..better ade insurans..gov lambat skit lah..

      Delete
    2. KOS operate mmg mahal..terkini dlm rm 45k di hospital swasta..klu kerajaan xpasti laaa..maybe half kot..apa2 pun ambik laaa insurans perubatan..call me prudential bsn takaful 0177290577

      Delete
  11. saya dah penah operate lutut..ACL di bahagian depan putus dan terus membuat operate di KPJ kos lebih kurang 18k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Operate dengan Doktor Surendra ke? So macamana selepas operate? Dah bernasur pulih atau ade impak lain?

      Delete
  12. ACL NI MNA BOLH URUT ATAU MAKAN TAB RAWATAN NYA OPRIT JE GANTI LIGAMEN BARU PAS OPRIT KENA GI PISYO KENA IKUT LATIHAN NYA..INSYAKALLAH OK SYA PUN BUAT OPRIT OK...JGN LAH IKUT CKP IKLAN MKN UBT,URUT BLH SEMBUH TIPU JE ORG CAMTU NAK MKN DUIT KO ORG JE.. FIKIR SECARA LOGIK LIGAMEN PUTUS BLH KE SEMBUH MKN UBT ATAU URUT...

    ReplyDelete
  13. Sy kne acl tahun 2005... lepas 7 tahun baru buat operation. .. agak lmbt la..sebab meniskus pun dah haus...sebab teruskan main selama 7 tahun tu...sikit2 terpelecot balik... smpai skrg.. dah 2 thn operate...kaki masih fobia...n not fully recovered ... so sape2 yg still muda lg... cepat2 wat operation. .. utk kehidupan lebih bermakna pada masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ajib,lpas dh operate cmne beza dia?.sy dh hmpir 8thun kna.smpi skrg tkt nk operate

      Delete
  14. Saya baru lepas operate sebulan yg lepas. Cuma nak kepastian dari semua,berapa lama tempoh saya dapat pijak kembali normal? Sekarang pakai tongkat lagi then dalam masa terdekat nak sambung study. Fyi,lepas setahun injury baru buat operation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. #Ashrafarifin brpe kene bayaran pmdahan

      Delete
  15. Salam..bla dh oprate..brapa lma tempoh tuk hlg rasa skit tu? Dan bla psakit akn bjln sprti biasa?..

    ReplyDelete
  16. Salam...terima kasih, info ni saya mohon share di blog saya ya..
    berminat untuk mencuba suplimen sendi dari Shaklee, boleh contact saya..

    http://mizurasvitashop.blogspot.com/

    ReplyDelete